Wednesday, 23 April 2014

 06:09      No comments

Undang - undang dan Peraturan


Undang - undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa di jalan raya.

Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah melintas. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang. Kedua, lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan. Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya. Perbuatan melintas jalan tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijau bernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.

Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tangan apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang basikal di jalan raya.
Sebagai penumpang kenderaan, kita haruslah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari bas, pastikan bas beredar dengan sepenuhnya sebelum melintas.

Semua pengguna jalan haruslah bertanggungjawab akan keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa memakai pakaian berwarna cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa dipatuhi.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Nuffnang Ads

Popular Posts