Wednesday, 11 June 2014

     Keselamatan Jalan Raya

Pengenalan
Mangsa jalan raya biasanya terdiri daripada kanak-kanak. Mereka mungkin terdiri daripada pejalan kaki, penumpang kereta, bas atau pembonceng motosikal. Kemalangan jalan raya boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan. Di Malaysia, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pengguna yang paling ramai menderita akibat kecederaan dan kematian.
Pencegahan
Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya. Amalkan budaya pemanduan berhemah.
Kereta
  • Pastikan kereta dalam keadaan yang baik - brek, tayar, petrol dan air.
  • Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi kanak-kanak. Jangan sesekali berkongsi tali pinggang keselamatan.
  • Tali pinggang keledar mesti dipakai dengan betul dan selesa secara silang meliputi bahagian dada sehingga tulang pinggul.
  • Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak di tempat duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.
  • Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya diletakkan di tempat duduk belakang. Bayi juga perlu diletakkan di tempat duduk belakang dalam tempat duduk khas.
  • Gunakan sistem kawalan kunci kereta.
Pejalan kaki
  • Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun melintas jalan secara bersendirian.
  • Seboleh-bolehnya gunakan lampu isyarat, ruang pejalan kaki dan lintasan pejalan kaki.
  • Sebelum melintas jalan raya, lihat kiri-kanan-kiri terlebih dahulu.
  • Jangan berlari ketika melintas jalan.
  • Jangan bermain berhampiran jalan raya.
  • Jika terdapat lintasan pejalan kaki, jejantas atau jalan bawah tanah, pengguna sepatutnya tidak dibenarkan melintas jalan sekurang-kurangnya 100 meter daripada kawasan tersebut.
  • Jika ruang pejalan kaki tidak disertakan, gunakan bahagian kanan jalan melawan arus trafik supaya dapat melihat kenderaan dihadapan.
  • Pakai pakaian yang cerah atau terang pada waktu malam supaya dapat dilihat oleh pemandu yang lain.
Penumpang bas
  • Jangan tunggu bas berhampiran lalu lintas.
  • Tunggu sehingga bas berhenti sebelum menaiki bas.
  • Berhati-hati ketika menaiki tangga bas.
  • Pastikan bas berhenti sebelum turun dari bas.
  • Berhati-hati semasa turun dari bas.
  • Selepas turun dari bas, jalan ke hadapan bas supaya pemandu bas dapat melihat anda.
  • Pastikan anda berada jauh daripada bahagian belakang bas sepanjang masa.
Penunggang Motosikal
  • Elakkan membawa kanak-kanak semasa menunggang motosikal. Gunakan kaedah pemanduan yang selamat.
Penunggang basikal

  • Pastikan basikal dalam keadaan baik.
  • Gunakan topi keledar basikal jika kanak-kanak yang menunggang.

























































































Perbendaharaan Kata

Tanda-tanda jalan di Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia (atau Bahasa Melayu); rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Walau bagaimanapun, Bahasa Inggeris masih lagi digunakan untuk tanda-tanda penting arah seperti pusat pemeriksaan CIQ, lapangan terbang dan tempat tarikan pelancong. Berikut adalah terjemahan untuk tanda-tanda jalan raya.
  •   ARAH = Bound
  • Example: ARAH UTARA = North Bound
    • UTARA = North
    • SELATAN = South
    • BARAT = West
    • TIMUR = East
    • AWAS = Caution
    • KAWASAN KEMALANGAN = Accident Area
    • KAWASAN KAMPUNG = Village area
    • SELEKOH BAHAYA DI HADAPAN = Sharp corner ahead
    • KURANGKAN LAJU = Reduce Speed
    • SIMPANG KE = Junction to
    • SUSUR KELUAR KE = Exit to
    • SUSUR MASUK KE = Entry to (usually at weighing bridge)
    • PEMBINAAN DI HADAPAN = Construction ahead
    • PEMBINAAN TAMAT = End of construction
    • BERHENTI = Stop
    • JALAN SEHALA = One Way
    • BERI LALUAN = Give Way (Yield)
    • ZON HAD LAJU DIHADAPAN = Speed Limit Zone ahead
    • HAD LAJU KEBANGSAAN = National Speed Limits
    • HAD KETINGGIAN = Height limit
    • JALAN = Road
    • LEBUH RAYA = Expressway / Highway (Avenue = usually in Penang only for example Peel Avenue become Lebuh Raya Peel)
    • LEBUH = Street
    • PERSIARAN = Drive
    • LORONG MEMOTONG DI HADAPAN = Overtaking lane ahead
    • IKUT KIRI KECUALI MEMOTONG or IKUT KIRI JIKA TIDAK MEMOTONG = Keep Left Unless Overtaking
    • KENDERAAN BERAT SILA IKUT KIRI = Heavy vehicles, please keep left
    • KENDERAAN --- KELUAR/MASUK DIHADAPAN = --- Vehicles In/Out ahead
    • KECUALI KECEMASAN = Except Emergency
    • PERLAHAN = Slow/Slow Down
    • LAMPU ISYARAT DI HADAPAN = Traffic lights ahead
    • HENTIAN SEBELAH = Layby
    • KAWASAN REHAT DAN RAWAT (R&R) (R&R) (R&R) = Rest and Service Areas
    • PLAZA RESTORAN DAN REHAT (R//R) (R//R) = Restaurant and Rest Plazas
    • STESEN MINYAK = Petrol Station
    • KECEMASAN = Emergency
    • RESTORAN JEJANTAS (OBR) (R&R) = Overhead Bridge Restaurant (OBR)
    • TEROWONG = Tunnel
    • PERSIMPANGAN BERTINGKAT/PERSIMPANGAN = Interchange
    • SUSUR KELUAR = Exit
    • NYALAKAN LAMPU ANDA or SILA NYALAKAN LAMPU = Turn on your headlamps/Please turn on headlamps
    • ANGIN LINTANG = Crosswind
    • GUNAKAN GEAR RENDAH = Shift to lower gears / Engage low gear
    • LALUAN MOTOSIKAL = Motorcycle lane
      • GUNAKAN LORONG MOTOSIKAL = Use motorcycle lane
    • KAWASAN SEKOLAH = School area
    • AIR TERJUN = Waterfall
    • PANTAI = Beach
    • KOMPLEKS SEJARAH = Historical Complex
    • MASJID = Mosque
    • WISMA/BANGUNAN = Building
    • LAPANGAN TERBANG = Airport
      • LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA = International Airport
    • LITAR LUMBA = Racing Circuit
    • PUSAT KHIDMAT PELANGGAN = Customers Service Centre
    • PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN = Tourist Information Centre
    • JAMBATAN = Bridge
    • JAMBATAN TIMBANG = Weighing Bridge
    • PLAZA TOL = Toll Plaza
    • STESEN KERETAPI = Railway Station
    • TANDAS = Toilet
    • TELEFON = Telephone
    • BANGUNAN IBUSAWAT TELEFON = Telephone exchange building
    • MENARA = Tower
    • STESEN PENGUATKUASAAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN = Road Transport Department Enforcement Station
    • TANJUNG = Cape
    • TELUK = Bay
    • PULAU = Island
    • SUNGAI = River
    • PARIT = Canal
    • PINTU AIR = Water gate
    • KAWASAN TENTERA = Armed forces base area
    • KAWASAN LARANGAN = Prohibited area
    • KAWASAN BANJIR = Flood area
    • KAWASAN KEMALANGAN = Accident prone area
    • ZON PERANGKAP HAD LAJU = Speed trap zone
    • ZON OPERASI KAMERA = Camera Operations Zone (Automated Enforcement System (AES))
    • PASTIKAN JARAK KENDERAAN ANDA 5 METER DARI KENDERAAN HADAPAN = Keep a distance of 5 meters from the car in front of you


TANDA ISYARAT LALULINTAS LARANGAN

Semua pemandu hendaklah sentiasa mematuhi tanda-tanda isyarat dan peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mempastikan keselamatan terjamin. Oleh itu amat penting untuk mempelajari, mengetahui dan memahami makna setiap tanda-tanda isyarat lalu lintas yang digunakan dijalan raya sepertimana yang telah dikategorikan di bawah Kaedah 5 Kaedah Lalulintas 1985.












































Powered by Blogger.

Nuffnang Ads

Popular Posts